18 Februari - Majlis Makan Malam National Heritage Conference anjuran Kerajaan Negeri Melaka telah diadakan di Hotel Hatten, Melaka.
Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka. Hadir sama barisan Dif-Dif kehormat, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, YBhg. Datin Hjh. TPr. Noraida binti Saludin, Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia, Ketua-ketua jabatan agensi persekutuan dan negeri Melaka.
Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada Badan Kebudayaan dan Kesenian MBMB.





