25 Januari - Majlis Makan Malam Ahli Majlis- Ahli Majlis Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Hotel Casa Bonita.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana berserta isteri beliau Datin Ernie Aidilia binti Datuk Karim.
Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB bersama isteri beliau, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis yang turut menyampaikan ucapan beliau sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Pengurusan tertinggi dan anggota MBMB.
Turut hadir Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ahli-ahli majlis, Ketua-ketua jabatan dan unit, pegawai kawasan dan pegawai seranta.
Majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua ahli Majlis MBMB yang sentiasa menyokong segala program dan aktiviti yang dianjurkan serta menjadi orang tengah bagi sebarang isu dan permasalahan komuniti setempat dan MBMB.




