Majlis Iftar Santai Bersama YAB Ketua Menteri Melaka Sempena Sambutan Ulangtahun ke 22 Bandaraya Melaka Bersejarah 2025M

iftar santai

15 Mac - Majlis Iftar Santai Bersama YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh Sempena Ulang Tahun ke -22 Bandaraya Melaka Bersejarah telah berlangsung dengan cukup meriah dengan mencatatkan kehadiran lebih 1000 orang.

Majlis Iftar ini telah diadakan di Perkarangan Memorial Pengisyitharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka. Hadir sama YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker DUN Melaka, YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaaan Negeri Melaka, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana serta barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB dan Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.

Turut diadakan penyampaian sumbangan mock cheque kepada wakil 4 Persatuan Beca Negeri Melaka, Asrama Bukit Baru dan Rakan Penghantar Makanan.

Orang ramai dilihat berbuka puasa dengan pelbagai hidangan makanan yang disediakan secara santai. Setelah itu turut diadakan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Terima kasih kepada semua warga bandaraya yang hadir !!!

8 Mac - YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka meluangkan masa beliau meninjau suasana Bazar Raya Ikonik Banda Hilir. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB. Bazar raya ikonik Banda Hilir ini menyediakan pelbagai keperluan serta persiapan untuk orang ramai menyambut Hari Raya Aidilfitri. MBMB turut menyediakan kemudahan surau dan tandas awam berdekatan Taman Bunga Merdeka bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 21 January 2026, 07:28:56.

Total Visitors

04454598

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.