
11 Julai -Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menerima lawatan daripada Jabatan Integriti , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi.
Delegasi seramai 28 orang ini diketuai oleh En. Kamarulzaman bin Ahmad, Pengarah Jabatan Integriti, DBKL dan disambut mesra oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Turut hadir, Puan Nurul Shidah binti Saadun, Penolong Pengarah Pengurusan,Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) merangkap Pegawai Integriti MPHTJ.
Sesi taklimat telah diadakan di Auditorium MBMB dan taklimat berkenaan Pengalaman dalam Pengurusan Fungsi Teras Unit Integriti di MBMB telah disampaikan oleh En. Sha'rin bin Sahad, Ketua Unit Integriti, MBMB.
Semoga kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu ini.



