
19 Januari - Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 YAB Ketua Menteri Melaka telah diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC). YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka telah menyampaikan amanat beliau kepada seluruh penjawat awam negeri Melaka dengan menggariskan 200 inisatif dan pencapaian yg telah dilakarkan sepanjang tahun 2025. Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua di atas komitmen yang berterusan kepada Kerajaan Negeri Melaka. Hadir sama YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, barisan EXCO dan timbalan EXCO,YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan MPAG, MPJ dan MPHTJ serta pegawai -pegawai kanan agensi. YBhg. Datuk Hj. Shadan turut menerima sijil penghargaan di atas melakar pengiktirafan sebagai Naib Johan Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik bagi kategori bandaraya.



