
19 Januari – Telah berlangsung Lawatan Tapak Urban Climate Resillience Program (UCRP) bertempat di Dewan Serbaguna Pantai Peringgit, Melaka bersama YB Datuk Hjh. Kalsom binti Nordin, ADUN Pantai Peringgit. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tuan Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, Tpr. Zuhaila binti Ahmad Zubel, Pengarah Perancangan Bandar MBMB serta agensi-agensi terlibat. Lawatan ini bertujuan untuk pelaporan semasa berhubung kemajuan pelaksanaan inisiatif UCRP serta perancangan projek yang dikenal pasti di kawasan Pantai Peringgit. Ianya bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang selari dengan keperluan setempat serta menyumbang kepada peningkatan daya tahan komuniti terhadap impak perubahan iklim. Lawatan ini juga menjadi platform penting bagi menyelaras perancangan strategik, mengesahkan kesediaan tapak dan memperkukuh kerjasama antara pihak berkepentingan, seterusnya memastikan pelaksanaan UCRP di Pantai Peringgit benar-benar menyumbang kepada pembangunan bandar yang berdaya tahan, inklusif dan mampan.



