
27 Januari - YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB turun padang meninjau pelaksanaan No Right Turn di Persimpangan Dataran Klebang Bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut. Hadir sama YB Datuk Hameed bin Mytheen Kunju Basheer EXCO Kerja Raya , Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta pihak PDRM dan JKR. Pengguna jalan raya dipohon mematuhi papan tanda dan arahan pihak berkuasa .



