24 Mei - Lawatan Sambil Belajar oleh Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) ke MBMB telah diadakan di Auditorium MBMB. Lawatan diketuai oleh En. Muhundhan A/L Wayyapan, Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus EKSA, KMNS bersama-sama 23 orang delegasi tenaga pengajar dari KMNS.
Lawatan ini adalah bagi perkongsian ilmu dan bertukar pandangan mengenai amalan pembudayaan hijau dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di MBMB. Taklimat pembudayaan hijau telah disampaikan oleh Pn. Rohzaina binti Zainal daripada Jabatan Perancangan Bandar, MBMB.
Delegasi juga dibawa melawat ke Zon EKSA Jasmine (Jabatan Kawalan Bangunan) dan Zon Monstera (Jabatan Penguatkuasaan) MBMB.




