4 Jun - Lawatan Majlis Perbandaran Sepang ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Auditorium MBMB. Lawatan kerja seramai 27 orang ini diketuai oleh En. Mohd Shahril bin Abdul Samat, Penolong Pengarah Penguatkuasaan , Majlis Perbandaran Sepang.
Taklimat berkenaan Proses dan Prosedur Pengurusan Barang Sitaan / Pelupusan Jabatan Penguatkuasaan telah disampaikan oleh En. Irwan bin Samat, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MBMB. Semoga kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada sesi perkongsian ilmu ini.
Terima kasih MP Sepang!




