29 Mei - Program Gelar Melayu Serumpun tahun 2024 diadakan bertempat di Istana Maimun Medan, Indonesia bermula 29 Mei hingga 1 Jun 2024.
Badan Kebudayaan dan Kesenian MBMB merupakan antara peserta yang dijemput sempena program yang telah masuk tahun ke-7 pada tahun ini. Seramai 15 delegasi yang turut serta dalam program ini termasuk seorang koreografer.
Program ini turut disertai 30 buah kumpulan dari 5 buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan India.
Tahniah diucapkan!




