
3 Februari - Satu Lawatan Kerja Penandaaras Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan pagi tadi bertempat di Auditorium MBMB. Delegasi seramai 12 orang ini diketuai oleh TPr. Puan Lee Yoke San, Pengarah Unit Pusat Setempat, MBPJ dan disambut mesra oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Taklimat telah disampaikan oleh Gs. Puan Haibenarisal binti Bajuri, Ketua Unit Pusat Setempat MBMB berkenaan Tatacara dan Kaedah Pelaksanaan Sistem OSC 3.0 Plus Online di MBMB. Semoga sesi perkongsian ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.



