Lawatan Kerja Majlis Daerah Papar, Sabah ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Auditorium, MBMB

16 Mei - Lawatan Kerja Majlis Daerah Papar, Sabah ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Auditorium, MBMB. Satu sesi kunjung hormat ke Pejabat YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama adalah Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB dan Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB.

Delegasi seramai 33 orang ini diketuai oleh YBhg. Datuk Hj. Pengiran. Saifuddin bin Pengiran Tahir, Naib Pengerusi, Majlis Daerah Papar, Sabah. Taklimat telah disampaikan oleh 4 orang pegawai kanan MBMB iaitu:

1. Pn. Rohzaina binti Zainal, Jabatan Perancangan Bandar, MBMB dengan taklimat mengenai Bandaraya Melaka Pintar dan Rendah Karbon;

2. En. Mohamad Zulikram bin Zulibrahim, Jabatan Perancangan Bandar, MBMB taklimat berkenaan Pelaksanaan SDG Roadmap dan VLR di MBMB;

3. Pn. Norliah binti Abd Rahman, Jabatan Landskap & Pengindahan Bandaraya, MBMB iaitu taklimat berkaitan Bahagian Kawalselia dan

4. En. LAr. Mohamad Faizdzul Shawqy bin Ibrahim, Jabatan Jabatan Landskap & Pengindahan Bandaraya, MBMB dengan tajuk Pengurusan Landskap MBMB.

Terima kasih MD Papar! Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat untuk semua dan dapat dijadikan sumber rujukan.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Tuesday 16 December 2025, 09:30:31.

Total Visitors

04410415

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2025 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.