
25 Julai - Lawatan Majlis Bandaraya Shah Alam diteruskan lagi ke Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir. Delegasi yang diketuai sendiri oleh Datuk Bandar MBSA , Dato’ Hj. Mohd Fauzi bin Hj. Mohd Yatim dan warga kerja MBSA. Delegasi disambut mesra oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB.
Turut hadir Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ketua-ketua jabatan MBMB serta pegawai kanan.
Taklimat berkaitan pencahayaan di Zon Bebas Kenderaan telah disampaikan oleh Pn. Fadlina binti Mohni, Pengarah Kejuruteraan MBMB. Seterusnya delegasi di bawa melawat di sekitar ZBK. Delegasi MBSA turut bertuah kerana berpeluang beramah mesra bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Hj. Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan , Warisan , Seni dan Budaya Negeri Melaka.
Terima kasih MBSA!



