
13 Oktober - Satu sesi Kunjung Hormat PMH Travel & Event ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Pejabat Datuk Bandar MBMB.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB menerima kunjungan En. Muhammad Firdaus bin Ibrahim dan Pn. Elly Nurarinah binti Bahrin Pegawai Eksekutif PMH Travel & Event Sdn Bhd. Turut hadir Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB. Perbincangan adalah berkisar mengenai sebarang kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama bagi sebarang program MBMB dan Kerajaan Negeri Melaka.



