
27 Januari - Kunjung hormat YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB ke Ketua Setiausaha KPKT , YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib telah diadakan bagi membincangkan persediaan dan sokongan strategik penganjuran 30th EAROPH World Congress 2026, di mana MBMB sebagai tuan rumah . Kongres yang akan berlangsung pada 23–26 April 2026 di Bandaraya Melaka bertemakan “City Assets for Community Gains”, menumpukan perancangan bandar mampan, pengurusan aset bandar bersepadu, daya tahan bandar serta tadbir urus bandar berimpak tinggi kepada kesejahteraan komuniti. Turut hadir Datin Mazrina Dato’ Hj. Abdul Khalid, Secretary General, EAROPH International, YBrs. Tuan Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, Wakil EAROPH Malaysia serta pegawai-pegawai kanan MBMB.



