
30 Mac - Satu sesi kunjung hormat Universiti Malaysia Sabah ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Datuk Bandar.
Delegasi yang diketuai oleh Cik Kamisah binti Husin, Pengarah Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat , UMS ini disambut mesra oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama pegawai-pegawai kanan MBMB . Sesi perkongsian ini berkisar mengenai senarai program dan kursus yang ditawarkan oleh pihak UMS. Terdapat juga latihan yang boleh disertai oleh anggota MBMB bagi tujuan pembangunan bakat dan kerjaya. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kedua-dua pihak.



