
7 Mac - YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka meluangkan masa beliau menyantuni para peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan Cheng.
Hadir sama YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap ADUN Paya Rumput serta turut mengedarkan bubur lambuk kepada pengunjung bazar. Turut hadir , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta ahli-ahli Majlis MBMB.



