Kejohanan Silat Antarabangsa Piala Datuk Bandar Shah Alam

SHAH ALAM 26 Oktober - Telah berlangsung kejohanan Silat Antarabangsa Piala Datuk Bandar Shah Alam yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam. Kejohanan tersebut mendapat sambutan yang luar biasa di mana disertai oleh atlet dalam dan luar negara seramai 1509 orang penyertaan.Antara negara yang menyertai dan memeriahkan kejohanan tersebut ialah dari negara jiran serumpun iaitu negara Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Pada kejohanan tersebut juga pihak MBMB telah menghantar penyertaan seramai 12 orang yang diwakili oleh anak- anak anggota MBMB. En Ismail bin Mohd Yunus sebagai Pengurus Pasukan dan En Ahmad Wardi bin Salim sebagai ketua jurulatih. MBMB Young Warrior telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan apabila telah mencapai sasaran utama dengan mendapat 1 emas, 1 perak serta 4 gangsa. Penyerahan cenderahati oleh Pengurus Pasukan MBMB kepada Datuk Bandar Shah Alam yang diwakili oleh En Shahrin bin Ahmad, Pengarah Pembangunan komuniti.

Berikut merupakan senarai nama pemenang:
Pingat Emas - Qaseh Auwni bt Mohammad Yusri
Anggota - Mohammad Yusri Bin Bujang (JPKK)

Pingat Perak - Muhammad Uwais Bin Mohd Yusri

Pingat Gangsa
1. Izzqarl Harithz Bin Mohd Hafiz
Anggota - Mohd Hafiz Bin Md.Azahar (JPK)

2. Insyierah Sorfiena Bt Mohd Hafiz
Anggota - Mohd Hafiz Bin Md.Azahar (JPK)

3. Sufi Syahmi Bin Hafiz Kaus
Anggota - Hafiz Kaus Bin Baharudin (JK)

Tahniah kepada semua peserta!!! Majulah sukan untuk negara.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Friday 16 May 2025, 02:15:56.

Total Visitors

04160913

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2025 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.