
21 Januari - Lawatan Tapak Persiapan Akhir bagi Program Karnival Tentera Bersama Rakyat sempena Majlis Penutup Kursus Asas Komando si AK3/2025 telah diadakan di Encore, Melaka. Hadir mengetuai lawatan adalah YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Turut hadir, Lt Kol Mohd Dhany bin Mohd Nor, Timbalan Komander 514 Rejimen Askar Wataniah, Pegawai-pegawai Kanan jabatan dalaman MBMB serta agensi-agensi yang terlibat. Karnival tentera ini bermula pada 21-25 Januari 2026, mulai jam 8.00 pagi, bertempat di Persiaran Encore Melaka. Pelbagai aktiviti menarik bakal disajikan buat tontanan semua. Jumpa anda di sana!



