
12 Oktober- Hujan lebat sejak awal pagi tadi tidak mematahkan semangat para peserta HSN Run 2025 sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat ( WRUR ) DUN Klebang yang diadakan bermula di Dataran Klebang.
Program ini merupakan anjuran bersama Active Nation dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Hadir menyempurnakan flag-off para peserta YB Datuk Wira Lim Ban Hong, ADUN Klebang, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB dan YBhg. Datuk Rohazam bin Bakar, wakil Active Nation Malaysia. Hadir sama Ahli-ahli Majlis MBMB serta para peserta HSN Run.
Larian sejauh 3 kilometer ini melibatkan laluan sekitar Dataran Klebang. Turut diadakan cabutan bertuah kepada semua peserta yang hadir.



