Hey V Run 6.0 Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Ke-23 Melaka Bersejarah 2026

25 4heyv

 

26 April – Telah berlangsung Program Hey V Run 6.0 sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah, bertempat di Dataran Klebang, Melaka.

Program yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat kesukanan ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Negeri Melaka.

Turut hadir memeriahkan acara ialah YB Tuan Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna; YB Datuk Wira Lim Ban Hong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang; YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB; Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB; barisan Ahli Majlis MBMB; Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya serta Pn. Emily Tan, Presiden Lions Club Melaka Raya.

Lebih 1,300 peserta telah menyertai program larian ini yang bermula seawal jam 4.00 pagi, melibatkan tiga kategori iaitu 21 km (Half Marathon), 10.8 km (Competition Run) dan 3.5 km (Fun Run).

Turut diadakan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah buat para pemenang. Penganjuran program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, malah turut menyemarakkan semangat kebersamaan sempena ulang tahun Bandaraya Melaka Bersejarah.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Thursday 04 June 2026, 07:23:01.

Total Visitors

04599259

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.