
4 Februari - Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ( EXCO ) Bersama Rakyat ( HEBAT) Negeri Melaka kembali lagi!!! Sekitar suasana HEBAT di Kompleks Seri Negeri di mana pelbagai isu dan permasalahan serta aduan yang diajukan orang awam terus kepada barisan kepimpinan kerajaan Negeri Melaka. YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka turut sama-sama menyantuni dan mendengar keluhan dan permasalahan rakyat. Hadir sama YB Datuk Wira Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, serta barisan EXCO dan Timbalan EXCO Kerajaan Negeri Melaka. YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan EXCO Perumahan , Kerajaan Tempatan , Saliran , Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana hadir menyantuni orang awam. Turut hadir YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB , Yang Dipertua MPHTJ, MPJ dan MPAG, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB , Ketua-ketua jabatan dan unit serta pegawai-pegawai kanan MBMB.



