3 Mac - Edaran Bubur Lambuk dan Air Balang secara percuma sempena Ramadan 1447H diteruskan lagi di Dataran Bandaraya .
Edaran bubur lambuk pada petang ini ditaja oleh pihak Nestle . Terdahulu bubur lambuk turut diedarkan kepada anggota MBMB oleh YBhg. Datuk Hj .Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB serta Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya . Terima kasih kepada pihak Nestle kerana sudi bekerjasama dengan MBMB di samping program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat.




