27 Februari – Hari pertama edaran air balang percuma anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sempena Ramadan 1447H / 2026M.
Turut diadakan agihan bubur lambuk percuma kepada orang awam tajaan The Lisbon Hotel, Melaka.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, diiringi Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, hadir menyantuni seterusnya mengagihkan air balang dan bubur lambuk kepada para pengunjung.
Program tahunan ini merupakan inisiatif MBMB bagi mengeratkan silaturahim serta meraih keberkatan di bulan Ramadan yang mulia. MBMB menyokong penuh inisiatif Melaka Sayang Rakyat ( MESRA ) yang diilhamkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.
Edaran air balang ini diadakan bermula 27 Februari hingga 14 Mac 2026, bertempat di Dataran Bandaraya MBMB.




