
14 Julai - Program Bandaraya Penyayang MBMB sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Duyong diteruskan lagi di rumah kedua Pn. Mariam binti Ahmad , Semabok.
Kerja-kerja gotong-royong yang dilaksanakan oleh anggota Jabatan Kawalan Bangunan selaku jabatan angkat bagi rumah ini adalah membersihkan halaman rumah serta mengemas peralatan di dalam rumah .
Hadir menyantuni beliau, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan , Saliran , Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana serta timbalan beliau YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Hj Mohd Zin dan YB Datuk Hj. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. En. Abdul Razak bin Abu, Clr. Zihni Amsyar bin Shahizatul Halimi Clr. Encik Juhari bin Ahmad Saleh, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, Ahli-ahli Majlis MBMB, dan Tn. Shaiful Hizam bin Johan, Pegawai Daerah Melaka Tengah .
Beliau turut menerima kit makanan , sumbangan wang tunai serta peralatan elektrik dan kelengkapan rumah.



