
7 Mac - YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB beramah mesra dan bersantai bersama lebih 300 pemilik motosikal Yamaha LC di hadapan Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka. Turut hadir YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.
Port baru ini menjadi lokasi santai pengunjung dari dalam dan luar negeri Melaka menikmati keindahan Bandaraya Melaka Bersejarah serta suasana di malam hari.



