25 Mac - YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB meluangkan masa beliau menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba di Bazar Raya Ikonik Banda Hilir.
Turut hadir menyampaikan sumbangan, YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong. Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat membantu mereka membuat persiapan bagi menyambut Syawal.





