
15 Mac – Telah berlangsung Cabutan Bertuah Utama Bazar Ikonik Banda Hilir Melaka yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB.
Program ini diadakan sebagai penghargaan kepada para pengunjung dan peniaga yang telah memeriahkan Bazar Ikonik Banda Hilir sepanjang penganjurannya. Suasana majlis berlangsung meriah dengan penyertaan orang ramai yang tidak melepaskan peluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.



