8 November - Sekalung tahniah kepada YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman kerana telah merangkul Naib Johan bagi Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik bagi Kategori Bandaraya.
Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT ini telah diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah menyampaikan anugerah tersebut kepada YBhg. Datuk Bandar berupa mock cek bernilai RM5,000.00 serta sijil penghargaan dan disaksikan oleh YB Datuk Aiman Athirah binti Sabu , Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Turut hadir sama YBhg. Datuk Hjh. Sapiah binti Haron, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya serta Tuan Muhammad Zahirrudin bin Mohd Zahari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin.





