Sokong bas lama dijadikan produk pelancongan - Utusan Malaysia (03082012)

MELAKA 2 Ogos - Orang ramai menyambut baik cadangan kerajaan menggunakan 40 buah bas lama menjadi produk pelancongan baru di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang di sini.

Rata-rata mereka yang merupakan penduduk tempatan dan pelancong gembira apabila mengetahui Melaka mungkin menjadi negeri pertama memiliki kawasan pelancongan seumpama itu di negara ini.

Pelajar universiti swasta, Fairuz Redhuan Chew, 18, berkata, dia tidak sabar untuk melihat usaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjadi kenyataan akhir tahun ini.

"Saya yakin, apabila siap kelak, lebih ramai pengunjung akan datang ke sini dan Pantai Klebang akan kembali terkenal seperti sebelum kawasan ini ditambak dahulu.

"Cadangan itu amat baik dan saya pasti ramai yang menyokongnya kerana dapat bermalam di tepi pantai," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pandangannya turut disokong rakannya, T. Jeetha, 19, yang berpendapat lokasi pelancongan baru itu dapat mengelakkan kesesakan yang berlaku di pusat bandar.

"Sekarang pelancong yang datang ke Melaka kebanyakannya tertumpu di pusat bandar, tetapi dengan pembangunan di tepi Selat Melaka ini, pasti kesesakan itu dapat dikurangkan apabila ramai mula berkunjung ke Dataran 1Malaysia," katanya.

Pelancong dari Kelantan, Maliki Ibrahim, 36, berkata, dia kagum melihat pembangunan di Melaka yang sentiasa mempunyai pembaharuan.

Menurutnya, hampir kebanyakan pembangunan yang ada di negeri ini adalah yang pertama di negara dan terbaru Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang pertama di dunia.

"Kali ini, mahu jadikan bas usang sebagai restoran dan calet pula.Saya yakin, cadangan ini akan menjadi kenyataannya," katanya.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 08 May 2024, 08:00:13.

Total Visitors

03649830

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.