Sistem Pintar Pendekkan Masa Perjalanan Ke Bandaraya Melaka

BANDA HILIR 2 Nov - Pemasangan Sistem Pintar Kawalan Trafik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (SPiKTRA-M) di 33 persimpangan lampu isyarat di negeri ini bakal menjimatkan masa perjalanan pengguna jalan raya hampir 300 peratus.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, penggunaan sistem itu yang menelan kos sebanyak RM4.36 juta dijangka siap sepenuhnya pada April tahun depan.

"Daripada jumlah itu sebanyak 22 persimpangan telahpun dipasang sistem ini, manakala 11 persimpangan lagi sedang dilaksanakan.

"Kesemua sistem ini menelan kos sebanyak RM4.36 juta dan ianya dijangka siap sepenuhnya pada April 2022," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran sistem tersebut di Hotel Hatten, hari ini.

Sistem tersebut dilancarkan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, SPiKTRA-M juga menyediakan platform pengumpulan data dari setiap persimpangan lampu isyarat kepada ibu pusat kawalan lalu lintas.

"Data tersebut akan dihantar kepada Bilik Kawalan SPiKTRA-M bagi mengesan dan membantu penyuraian trafik.

"Inisatif ini dapat memanfaatkan rakyat Melaka dan pelancong luar sekali gus menjimatkan masa perjalanan selain teknologi yang selamat digunakan pengguna jalan raya," katanya.

Untuk rekod 22 SPiKTRA-M yang siap dipasang melibatkan tiga di persimpangan Kota Laksamana, persimpangan Jalan Munshi Abdullah (3), persimpangan Banda Hilir (3), persimpangan Jalan Syed Abdul Aziz/Melaka Raya (4), Pengkalan Rama (3), Jalan Panglima Awang (2) dan Jalan Semabok (4).

Manakala 11 lagi sedang dilaksanakan melibatkan dua di persimpangan Jalan Hang Tuah Mall, persimpangan Jalan Melaka Raya (2), Jalan Lagenda (2) dan persimpangan SPiKTRA-M Tunggal (5).

Sumber: www.melakahariini.my/

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 08 May 2024, 08:00:13.

Total Visitors

03649602

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.