Perkasa ICT Realisasi Melaka Bandar Pintar 2030

MELAKA: Pembabitan semua agensi dan jabatan kerajaan negeri dalam memperkasa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupaya merealisasikan hasrat menjadikan Melaka sebagai bandar pintar dan berteknologi tinggi, menjelang 2030.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew, menggesa agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan untuk mengambil bahagian berlandaskan Pelan Strategik ICT Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) 2019-2023 dan Bandar Pintar 2030.

Katanya, pendedahan terhadap perkembangan dan teknologi ICT terkini bukan sahaja menjadikan budaya perkhidmatan lebih berkesan dalam pelbagai aspek, termasuk pengurusan, malah memberi manfaat kepada rakyat di seluruh negeri itu.

"Semua agensi perlu mengambil bahagian, bergerak sama sebagai satu pasukan bersama rakyat yang memberikan pandangan.

"Semasa merancang dan melaksanakan pembangunan, agensi akan berpandukan berdasarkan pelan ini. Contohnya, Rancangan Tempatan (RT) MBMB ketika ini membuka ruang selama sebulan kepada masyarakat memberikan pelbagai pandangan melalui aplikasi khas sebelum dipersetujui bersama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Karnival ICT MBMB di Dataran MBMB, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin.

Beliau berkata, setakat ini pelbagai inovasi berdasarkan ICT dihasilkan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat seperti pemasangan alat pengesan di lampu isyarat dari Ayer Keroh ke Bandaraya Melaka yang menjimatkan masa perjalanan kepada kira-kira 10 minit oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Selain itu, katanya, alat pengesan ukur kualiti air sungai oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan mencari parkir kosong MBMB menerusi aplikasi daripada daripada agensi berkaitan.

"Justeru, semua pembangunan di Melaka akan membabitkan sistem dan aplikasi pintar selaras dengan slogan Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau, Bersih," katanya. - Sumber Berita Harian.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 08 May 2024, 08:00:13.

Total Visitors

03649674

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.