Pasukan FRONT MBMB sedia bantuan kecemasan 24 jam

BANDARAYA MELAKA 16 Julai - Pasukan "First Responce Team" (FRONT) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan perkhidmatan bantuan kecemasan 24 jam dalam kawasan pentadbirannya.

Dengan kekuatan 21 anggota yang bertugas setiap tiga syif, pagi petang dan malam, unit yang ditubuhkan awal Februari tahun ini itu nekad menjadi pasukan kecemasan pertama menyampaikan bantuan sebelum kedatangan agensi awam lain.

Pengarah Infrastruktur Komuniti dan Logistik MBMB, Mansor Mohammad berkata, pasukan FRONT MBMB yang berpangkalan di di Peringgit lebih memberi tumpuan terhadap kes bencana alam, seperti banjir, pokok tumpang dan lain-lain.

Namun katanya, pihaknya tetap akan menghulurkan bantuan terhadap mana-mana kes kecemasan, jika diperlukan.

"Unit ini berperanan menjalankan kerja-kerja sebagai pemberita bantuan pertama dengan mengawal lalu lintas dan lain-lain, sebelum ketibaan pasukan kecemasan awam.

"Bagaimanapun bantuan yang disampaikan bergantung kepada situasi, jika ia terlalu sukar khidmat agensi awam lain mungkin diperlukan.

"Mereka yang memerlukan bantuan pasukan FRONT boleh menghubungi talian 06-2859824 atau email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.," katanya.

Pagi tadi, seramai enam anggota FRONT MBMB telah memberi bantuan membersihkan kawasan susulan kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan antaranya Taman Penghulu Jabat, Jalan Paya Ikan Bukit Pulau, Jalan Kampung Limbongan dan Simpang Bukit Pegoh. - Sumber Melaka Kini

Talian Aduan: 06-282 6699
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pejabat Operasi: Bilik Gerakkan / Pejabat Operasi Unit F.R.O.N.T, Plaza Melaka Sentral, Melaka

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 08 May 2024, 08:00:13.

Total Visitors

03649608

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.