MBMB Peruntuk 22 Peratus Bajet 2020 Untuk Tujuan Pembangunan

BANDA HILIR 11 Dis - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperuntukkan kira-kira 22 peratus daripada bajet 2020 untuk tujuan pembangunan.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Mansor Sudin berkata, bajet tersebut merangkumi perbelanjaan sekitar RM40 juta hingga RM50 juta bagi tujuan pembangunan membabitkan infrastruktur seperti jalan, perparitan, bangunan dan landskap.

"Tahun depan kita akan membelanjakan kira-kira RM6 juta untuk menaik taraf jalan dan permukaan jalan melalui peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris).

"Bagi meningkatkan sistem perparitan untuk atasi masalah banjir pula kita memperuntukkan kira-kira RM7 juta untuk kawasan-kawasan yang ada di bawah MBMB.

"Selain itu, kita juga akan menggunakan peruntukan itu untuk membaiki taman-taman bandaran dan juga projek-projek landskap," katanya.

Mengulas mengenai penambahahan baharu yang akan dilakukan MBMB tahun depan, Mansor berkata pihaknya turut menyediakan sejumlah peruntukan untuk meningkatkan sistem lampu isyarat dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

"Dalam bajet kita juga, ada memperuntukkan RM2 juta untuk mempertingkatkan sistem lampu isyarat kepada lampu isyarat pintar, terutama di kawasan-kawasan sesak seperti di persimpangan Kota Syahbandar, Kota Laksamana.

"Pada masa sama, kita juga memperuntukkan RM2 juta lagi untuk mempertingkatkan sistem CCTV di kawasan-kawasan tumpuan di bawah MBMB.

"Boleh dikatakan berbanding 2019, bajet pembangunan MBMB untuk tahun 2020 memang ada kenaikan memandangkan pendapatan daripada cukai kita turut meningkat," katanya lagi. - Sumber Melaka Kini

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 08 May 2024, 08:00:13.

Total Visitors

03649568

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.