MBMB Pasang Jalur Gemilang Gergasi

AYER KEROH 6 Ogos - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil langkah proaktif dengan memasang Jalur Gemilang gergasi di bahagian bumbung Graha Makmur MBMB hari ini.

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin berkata, Jalur Gemilang bersaiz 24 meter lebar x 12 meter tinggi itu dipasang sejajar dengan tema rasmi sambutan Bulan Kebangsaan 2019 "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih."

Menurutnya, langkah tersebut membuktikan semangat dan tanggungjawab jabatan itu sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) terulung di negeri ini.

"Ia juga sejajar dengan majlis Sambutan Ambang Merdeka yang akan berlangsung di Dataran Bandaraya MBMB pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.

"MBMB meminta warga Melaka bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang tidak kira di kediaman, premis perniagaan mahupun balai raya juga di sekitar kawasan perumahan dan di kampung-kampung bagi menyemarakkan lagi sambutan tersebut," katanya kepada MelakaKini.

Tambah Mansor, sambutan Bulan Kebangsaan yang bermula 3 Ogos lalu diteruskan sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

"Sama ada merdeka atau Hari Malaysia, kedua-duanya harus diberikan penghormatan tinggi.

"Jom sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang tanda kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia di bumi yang bertuah ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, MBMB dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Kategori Sektor Lain-Lain bagi Program Workplace Accident Free Week (WAFEW) 2019 peringkat negeri Melaka anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka.

Anugerah khas tersebut disampaikan Pengarah JKKP Melaka, Dr. Rabaayah Daud kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBMB, Noramirul Nizam Kamis mewakili Mansor di Alor Gajah baru-baru ini. - Sumber Melaka Kini

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 08 May 2024, 08:00:13.

Total Visitors

03649608

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.