MBMB Menang Dua Projek Inovasi KPKT

AYER KEROH 7 Dis - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meraih tempat keenam dan ke-11 daripada 20 finalis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang layak ke peringkat akhir pertandingan Piala Inovasi Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) anjuran Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) baru-baru ini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, Kumpulan Inovatif dan Kreatif MBMB (KIK) meraih tempat keenam bagi Projek Sistem Pejalan Kaki Automatik (SiPKA) yang melayakkan mereka menerima hadiah geran KPKT bernilai RM50,000, wang tunai RM500 serta piala iringan.

Menurutnya, tempat ke-11 diperoleh melalui projek Sistem Pemantauan Operasi Pam (SPOP) sekali gus memenangi geran KPKT bernilai RM25,000, wang tunai RM500 dan piala iringan.

"Tahniah diucapkan kepada KIK yang telah berjaya mendapat tempat keenam dan 11 pada pertandingan Inovasi MALA 2020 baru-baru ini, kejayaan ini sekali gus mengharumkan nama MBMB dan negeri Melaka secara keseluruhannya.

"Semoga MBMB terus mengekalkan prestasi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang pada tahun akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Penyampaian anugerah dan hadiah kemenangan kepada pasukan KIK MBMB itu disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada majlis perasmian Mesyuarat Agong Tahunan MALA Kali ke-20 di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang baru-baru ini.

Turut hadir Zainal yang juga Timbalan Presiden MALA, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ismail Abd. Muttalib dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Presiden MALA, Datuk Ar. Yew Tun Seang.

MALA telah mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan Piala Inovasi Menteri KPKT bertujuan membolehkan PBT di seluruh negara mengambil bahagian untuk mempamerkan hasil inovasi mereka bagi diadaptasikan dalam melaksanakan kerja-kerja harian.

Acara tahunan itu pada tahun ini berjaya menarik 52 penyertaan dari selurub PBT.

Sumber: Melaka Hari Ini

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 08 May 2024, 07:49:07.

Total Visitors

03649199

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.