MBMB Mahu Mendesakan Bandar Melaka

AYER KEROH 25 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berhasrat untuk mendesakan bandar dengan memastikan persekitaran Bandaraya Melaka sentiasa hijau dan bersih sejajar dengan slogan kerajaan negeri Pintar, Hijau, Bersih.

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin berkata, untuk merealisasikan hasrat tersebut MBMB akan menambahbaik perkara- perkara yang melibatkan status Bandaraya Bersejarah itu sendiri, selain mengekalkan apa yang sudah dilaksanakan sebelum ini.

"Kita berhasrat untuk mendesakan bandar dengan memastikan persekitaran sentiasa hijau dan bersih, selain berusaha untuk merendahkan karbon di sekitar Bandaraya Melaka.

"Apa yang penting, kawasan- kawasan konservasi dan kawasan yang terlibat dengan Tapak Warisan Dunia akan terus dipelihara dan dijaga agar pengiktirafan dari UNESCO dapat dikekalkan sepanjang masa," katanya.

Mansor berkata demikian kepada MelakaKini ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri, hari ini.

Mengiringi Mansor pada kunjungan hormat tersebut, Setiausaha MBMB, Azahar Mohamed dan Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Antarabangsa MBMB, Siti Fariza Salim.

Antara lain, kunjungan hormat tersebut diadakan untuk memaklumkan kepada Mohd Khalil akan perkembangan dan status semasa berkaitan pembangunan yang dilaksanakan di dalam kawasan pentadbiran MBMB.

Pada masa yang sama, pembangunan Sungai Melaka Fasa-2 yang akan dibuka pada Ogos nanti turut melibatkan MBMB dalam menyelenggara sungai terbabit, selain menaiktaraf mutu perkhidmatan sekitar kawasan pentadbiran MBMB. - Sumber Melaka Kini

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 08 May 2024, 08:00:13.

Total Visitors

03649610

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.