MBMB Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Antara Jabatan Kerajaan / Agensi Negeri Melaka IV 2019

AYER KEROH 24 Nov, Sukan Antara Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Melaka 2019 telah berakhir pada 24 November 2019.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Hasim bin Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Badminton Majlis Sukan Negeri Melaka.

Pada masa yang sama, dua perlawanan akhir telah berlangsung di tempat yang sama iaitu sukan Sepak Takraw dan Bola Jaring.

Perlawanan akhir Sepak Takraw di antara Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dimenangi oleh JKMM dengan keputusan 2-0.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Hasim bin Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Perlawanan akhir Bola Jaring di antara JKMM dan UTeM dimenangi oleh UTeM dengan keputusan tipis 17-18.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Ginie Lim Siew Lin, EXCO Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar.

YB Kerk Chee Yee, EXCO Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Bola Tampar Lelaki dan Wanita yang telah dimenangi oleh 3 DIV Angkatan Tentera bagi kedua-dua kategori.
Tempat kedua bagi kategori Lelaki dimenangi oleh Jabatan Penjara dan tempat ketiga bersama iaitu PERKESO dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Tempat kedua bagi kategori Wanita dimenangi oleh Jabatan Kesihatan dan tempat ketiga bersama iaitu UTeM dan Jabatan Kerja Raya.

Pemenang keseluruhan telah dirangkul oleh MBMB, tempat kedua Jabatan Kesihatan dan tempat ketiga pula dimenangi oleh 3 DIV Angkatan Tentera.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Hasim bin Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Monday 06 May 2024, 23:46:34.

Total Visitors

03648875

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.