Majlis Perasmian Pintu Gerbang Little India

BANDARAYA MELAKA 27 Oktober - Sekitar Majlis Perasmian Pintu Gerbang Little India di Jalan Bendahara, Melaka yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Hj. Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka pagi tadi. Turut hadir pada majlis ini ialah Datuk Wira M.S Mahadevan A/L Sanacy, Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat kepada YAB Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi MIC Negeri Melaka, Tuan Sulaiman bin Hj. Atan, Setiausaha Bandaraya mewakili Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Ahli-ahli Majlis MBMB, Ketua-ketua Jabatan MBMB serta wakil komuniti setempat.

Pintu Gerbang Little India setinggi 9.4 meter yang telah dibina di Jalan Bendahara, Melaka merupakan satu lagi mercu tanda baharu bagi sektor pelancongan di Negeri Melaka dan yang menonjolkan identiti lokaliti masyarakat India di kawasan Bandaraya Melaka.

Projek ini turut melibatkan kerja-kerja pengindahan dan keceriaan sekitar kawasan Little India antaranya pemasangan 'interlocking paver', pemasangan lampu awam dan lampu hiasan, kelengkapan perabot jalan serta menaiktaraf pulau jalan di Padang Nyiru.

Lokasi projek merangkumi sekitar Jalan Bendahara, Jalan Laksamana, Jalan Temenggong, Jalan Bunga Raya dan Jalan Kg. Pantai melibatkan jumlah peruntukan daripada kerajaan pusat berjumlah RM 2 juta.

Projek tersebut membabitkan beberapa komponen penting termasuk rekabentuk dan motif di bahagian dinding dan kaki tiang yang menggunakan bahan ringan dan tidak berbahaya kepada pengguna jalan dengan menggayakan rekabentuk simbolik masyarakat India.

Selain daripada itu, MBMB juga telah memasang lampu hiasan yang melibatkan kos sebanyak RM151,300.00 bagi memeriahkan lagi sambutan Deepavali pada tahun ini.

Semoga dengan imej baharu di Little India ini akan dapat menarik perhatian lebih ramai pengunjung di negeri Melaka seterusnya membantu peniaga di sekitar khususnya menjana pendapatan sempena pembukaan negeri Melaka pada 18 Oktober 2021 yang lepas.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Monday 06 May 2024, 23:46:34.

Total Visitors

03648873

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.