
26 Julai - Program WRUR Duyong kini melabuhkan tirainya. Majlis Perasmian Penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Duyong telah diadakan di Dewan Serbaguna Semabok Dalam.
YAB Datuk Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka menyempurnakan majlis tersebut dan dihadiri oleh ribuan penduduk sekitar DUN Duyong. Hadir sama YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, barisan EXCO kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Hj. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, Ahli-ahli Majlis serta ketua jabatan dan unit MBMB.
Terdahulu barisan Dif kehormat turut bersama -sama dalam Sukan Rakyat di mana pelbagai acara yang dipertandingkan di setiap lapisan umur. Beliau juga singgah menyantuni warga kerja agensi yang membuka reruai pameran dan aduan serta jualan di kawasan tersebut



