Lebih 30,000 Banjiri Padang Dataran Pahlawan

BANDA HILIR 3 Ogos - Lebih 30,000 membanjiri padang Dataran Pahlawan Megamall bagi memeriahkan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019.

Program tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi bersama Ketua Menteri, Adly Zahari dan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019, Gobind Sigh Deo.

Bertemakan "Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih", program tersebut bertujuan untuk menyuburkan semangat patriotisme.

Pelbagai program telah disusun bermula dari hari ini (3 Ogos) sehingga 16 September depan bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara program yang bakal dilaksanakan ialah Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang(KMJG); Konsert Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih; Larian Merdeka@Melaka; Pameran bersepadu Caring Bridge dan banyak lagi.

Pada malam pelancaran, Perdana Menteri akan menyempurnakan Pelepasan KMJG yang akan menjelajah ke seluruh Semenanjung Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuah sejauh 6,200 km.

6,200 km adalah simbolik hari kebangsaan yang ke-62 dan peserta konvoi akan berhenti di 62 perhentian dengan membawa mesej kenegaraan dalam inisiatif untuk menggalakkan masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang. - Sumber Melaka Kini.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 08 May 2024, 08:00:13.

Total Visitors

03649472

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.