Kempen Kibar Jalur Gemilang Perigkat MBMB Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020

17 Ogos 2020 - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah melancarkan Kempen Jalur Gemilang Peringkat MBMB Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020. Tujuan Kempen Jalur Gemilang ini diadakan antaranya untuk meningkatkan semangat kecintaan kepada negara dan bangsa walaupun negara dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kempen seumpama ini wajar diadakan mengikut SOP MKN yang telah ditetapkan.

Kempen ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hj. Abdul Ghafar bin Atan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar dan disaksikan oleh YBhg. Datuk Zainal bin Hj. Abu, Datuk Bandar MBMB dan Datuk Hj. Abidullah bin Hj. Salleh, Ketua Ahli Majlis MBMB.

Antara pengisian program pada pagi ini adalah penyerahan jalur gemilang kepada Ahli Majlis MBMB, Setiausaha JAPERUN dalam pentadbiran MBMB serta Ketua-Ketua Jabatan MBMB bagi menyuntik semangat patriotisme sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2020 ini.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Monday 06 May 2024, 23:46:34.

Total Visitors

03648857

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.