Gerak gempur banteras denggi - Utusan Malaysia/07052012

MELAKA 6 Mei - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) hari ini berganding tenaga menjalankan kerja gerak- gempur di Taman Peruna, Sungai Udang bagi mengatasi penularan wabak denggi.

Usaha itu dilakukan berikutan seramai 13 penduduk di kawasan itu dilaporkan telah dijangkiti wabak denggi yang serius bulan lalu.

Ahli Majlis MBMB merangkap Setiausaha Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Abdul Jameel Abdul Jabbar berkata, kawasan tersebut telah dipantau berulangkali dan pembersihan dilakukan dengan lebih kerap sejak enam bulan lalu.

"Usaha pembersihan sentiasa dilakukan oleh PPSPPA, MBMB dan SWM, tetapi kali ini kami buat kerja gerak-gempur bersama penduduk bagi melahirkan kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan dalam membanteras wabak tersebut.

"Kawasan ini telah diumumkan sebagai kawasan berisiko yang agak serius enam bulan lalu setelah seramai 67 penduduk telah dijangkiti. Hari ini bersama penduduk kami kumpul dan hapuskan barang terbuang yang dirasakan berpotensi sebagai sarang aedes," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi gotong-royong yang disertai oleh 20 anggota pembersihan dan kira-kira 150 penduduk.

Kata Abdul Jameel, penduduk di kawasan itu telah dimaklumkan tentang kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan barang terbuang sejak tiga hari lalu.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 08 May 2024, 08:00:13.

Total Visitors

03649680

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.