Bengkel Pelan Perancangan Acara Tahun 2019, MBMB Beri Perkhidmatan Terbaik

BANDARAYA MELAKA 17 Okt. - Program Bengkel Pelan Perancangan Acara Tahun 2019 dapat membantu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Azmi Hussien berkata, tujuan kursus itu sebagai usaha jangka panjang dalam melahirkan staf yang setia dan berintegriti kepada MBMB.

"Selain itu, bengkel ini turut memberikan pendedahan kepada setiap staf berkaitan sikap dan tanggungjawab yang perlu ada dalam diri mereka.

"Selain meningkatkan potensi diri bagi memajukan organisasi selaras dengan visi, misi dan objektif MBMB," katanya.

Azmi berkata demikian kepada media semasa berucap di Majlis Perasmian Bengkel Pelan Perancangan Acara Tahun 2019 di Pullman Putrajaya, Isnin lalu. - Sumber MelakaKini

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Monday 06 May 2024, 23:46:34.

Total Visitors

03649070

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.