Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir Sempena Persediaan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 Berkuatkuasa Pada (19 Januari 2024) Jumaat

Image

Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah akan melaksanakan beberapa perubahan bagi pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir, Melaka bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2024. Jalan-jalan terlibat adalah :

a) JALAN LAKSAMANA, SEBAHAGIAN JALAN TUN KHALIL YAAKOB, JALAN TAMAN, JALAN KOTA & JALAN ISTANA
Jalan-jalan ini akan DITUTUP bermula dari jam 6.00 petang sehingga Jam 1.00 pagi PADA SETIAP HARI JUMAAT, SABTU dan AHAD

b) JALAN BANDA KABA, LORONG CHAN KOON CHENG & JALAN CHAN KOON CHENG
Jalan ini akan DIUBAH HALA bermula dari jam 6.00 petang sehingga Jam 1.00 pagi PADA SETIAP HARI JUMAAT, SABTU dan AHAD

c) LORONG HANG JEBAT
Bagi Lorong Hang Jebat, jalan ini akan DIUBAH HALA bermula jam 6.00 petang sehingga Jam 1.00 pagi PADA SETIAP HARI JUMAAT, SABTU dan AHAD.

d) JALAN KEE ANN
Bagi Jalan Kee Ann pula, PERUBAHAN HALA JALAN INI DIPENDEKKAN JARAKNYA bermula dari persimpangan Jalan Kee Ann dan Bunga Raya, sehingga ke Simpang Jalan Kee Ann dan Jalan Baru (berhadapan Prima Hotel)

e) JALAN BUKIT CINA & LORONG BUKIT CINA
Manakala Jalan Bukit Cina pula akan DIKEMBALIKAN KEPADA ASAL iaitu kenderaan boleh memasuki jalan tersebut dari Jalan Munshi Abdullah dan seterusnya tiba di Persimpangan Jalan Bukit Cina dan Jalan Temenggong (di Madras Café).

SEMUA PERUBAHAN HALA JALAN SEBELUM INI TIDAK TERPAKAI DAN TERBATAL

Para pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa memandu dan mengikut arahan papan tanda yang telah ditetapkan.

 

https://www.facebook.com/share/p/T7F5qmtJZjtfgdC6/?mibextid=WC7FNe

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Sunday 28 April 2024, 23:50:51.

Total Visitors

03639932

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.