
Makluman Penyelenggaraan Aplikasi Melaka Smart Parking akan dilakukan pada 26 Oktober 2025 (Ahad) jam 6.00 petang sehingga 28 Oktober 2025 (Selasa) 12.00 tengah malam.
Sehubungan dengan itu, semua operasi yang melibatkan Aplikasi Melaka Smart Parking akan tergendala buat sementara waktu. Namun, pembelian Kupon, Pas Terhad dan Bulanan boleh dilakukan melalui Laman Web Melaka Smart Parking https://melakasmartparking.mbmb.gov.my
Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih.



