
makluman pelanjutan Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan
Dimaklumkan bahawa bersempena cuti khas dan cuti umum Hari Malaysia, pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan, Banda Hilir Melaka, akan BERMULA pada jam 6.00 petang, 12 September 2025 (Jumaat) dan DILANJUTKAN sehingga jam 1.00 pagi, 17 September 2025 (Rabu). Sila rancang perjalanan anda dan berhati-hati semasa memandu.



