Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja cabutan undi bagi Bilangan 1/2021 akan diadakan seperti berikut:
KERJAÂ -Â KERJA KEJURUTERAAN AWAM |
|
Tarikh Pendaftaran (secara atas talian) |
12.00 Tengah Hari, 29 April 2021 (Khamis) |
Tarikh tutup pendaftaran |
12.00 Tengah Malam, 1 Mei 2021 (Sabtu) |
Tarikh Cabutan Undi (secara atas talian) |
10 Jun 2021 (Khamis) |
Masa cabutan undi |
10.00 Pagi |
Tempat |
Anjung Makmur |
Anggaran Bilangan Kerja Undi |
28 |
MOHD HISHAM BIN HJ.TAMBI AHMAD, C.A.(M), CFP, CPFA, BKT, PJK
Pengarah
Jabatan Kewangan
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Tarikh :
SYARAT-SYARAT KERJA CABUTAN UNDI
A) PROSES PENDAFTARAN KERJA CABUTAN UNDI DAN PROSES PENGUNDIAN
-
- Kerja Cabutan Undi ini hanya akan dibuka kepada syarikat/kontraktor yang BERALAMAT PENDAFTARAN (SSM atau SPKK/CIDB) dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah SAHAJA.
- Kontraktor hendaklah membuat permohonan pendaftaran secara atas talian (online) bermula jam 12.00 Tengah Hari pada 29 April 2021 sehingga 12.00 Tengah Malam pada 1 Mei 2021.
- Permohonan tidak lengkap atau yang diterima sebelum dan selepas tempoh masa yang ditetapkan akan DITOLAK.
- Hanya penama di dalam PPK, SPKK, atau STB sahaja boleh memohon atau berdaftar secara atas talian dan tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dinamakan dalam sijil melalui pengisytiharan atau pengesahan pemohon. (Borang akujanji seperti di Lampiran A)
- Bagi tujuan pendaftaran, pemohon perlu mengemukakan semua dokumen di bawah dengan memuatnaik secara ‘PDF’ atau ‘JPEG’ dan dihantar ke alamat website bit.ly/kerjaundimbmb21
- Dokumen-dokumen wajib yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
a. Salinan ASAL Kad Pengenalan Pemilik Syarikat (Pegawai yang ditauliahkan),
b. Sijil ASALÂ SSMÂ (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)Â DANÂ SPKK/CIDBÂ (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan, Sijil Kontraktor Taraf Bumiputera dan Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB) dan ;
c. Borang Akujanji yang telah ditandatangani oleh Pemilik Syarikat (Pegawai yang ditauliahkan) - Urusetia pengundian akan menyemak semua dokumen yang dikemukakan sebelum senarai syarikat yang layak untuk menyertai kerja undi dihebahkan.
- Syarikat / kontraktor yang layak akan diberi nombor mewakili syarikat masing-masing mengikut turutan pendaftaran di peringkat pengundian. Nombor yang berkenaan akan dicatatkan dalam suatu daftar yang disediakan dan akan dipaparkan di dalam laman web rasmi MBMB sebelum hari pengundian.
- Senarai tajuk projek adalah seperti di Lampiran B.
-
Kontraktor yang berdaftar tidak perlu hadir semasa Kerja Cabutan Undi dilaksanakan. Cabutan undi secara atas talian boleh ditonton melalui Facebook MBMB iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah pada 10 Jun 2021 (Khamis) mengikut masa yang ditetapkan.
  11. Syarikat/Kontraktor yang layak menyertai kerja undi adalah seperti berikut:
 (KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM) |
|||
Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) |
|||
Kelas |
Taraf |
Kategori |
Pengkhususan |
 G1 |
 Bumiputera |
CE (Pembinaan Kejuruteraan Awam) |
CE01 ATAU CE21 |
(Beralamat Pendaftaran Dalam Kawasan Pentadbiran MBMB) masih sah dan tidak tertakluk dengan penahanan atau penggantungan.Â
- Kontraktor yang berjaya akan terus diberikan surat tawaran dan diminta berhubung dengan Pegawai Penguasa atau wakilnya. Kerja akan dipantau oleh Jabatan berkaitan sehingga peringkat bayaran.
- Kontraktor akan disenaraihitamkan selama setahun sekiranya :-
6.1 Gagal menyiapkan kerja dengan memuaskan di dalam tempoh yang ditetapkan.
6.2 Gagal memulakan kerja dalam tempoh yang dinyatakan di dalam surat tawaran. - Kontraktor yang mengambil bahagian dalam kerja-kerja cabutan undi ini tidak semestinya mendapat kerja. Segala perbelanjaan adalah atas tanggungjawab kontraktor sendiri.
-
Kontraktor yang berjaya perlulah mendapatkan kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) bagi memulakan kerja-kerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau mengisytiharkan maklumat syarikat dan bersetuju dengan ikrar akujanji pematuhan SOP yang ditetapkan oleh MITI.Â
- Adalah diingatkan kontraktor diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard AM dan Garis Panduan Am Kebenaran Beroperasi serta pergerakan pekerja bagi projek pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.