
19 Julai - Mural Taman Bandaraya Bukit Serindit ini bersaiz 80 kaki lebar dan 20 kaki tinggi. Lukisan mural ini diinspirasikan dan berkonsepkan Konteks Flora dan tumbuhan hijau yang terpelihara di Bukit Serindit.
Simbolik kepada permulaan sesebuah tamadun dan organisasi turut diselitkan, di mana wujudnya pusat ibadah dan pusat pentadbiran dengan kewujudan sumber alam semulajadi yang kaya dan berfungsi sebagai tulang belakang bagi aktiviti perdagangan dan ekonomi di Negeri Melaka pada suatu ketika dahulu.
Terima kasih YB Datuk Hj. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong, YB Datuk Hjh. Kalsom binti Nordin, EXCO Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Komuniti, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya sudi menyempurnakan sentuhan akhir mural ini.
Pelukis Mural:
Ali Hakim Bin Zakaria
Ahmad Farhan Bin Md Yusuf
Koordinator :
Puan Fazila



