
17 Julai - Kempen Premis Makanan Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2025 telah berlangsung di Medan Selera Tun Tuah.
Gotong- royong pembersihan Medan Selera ini telah diadakan pada 15 Julai yang lalu bersama -sama pihak peniaga dan anggota Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran MBMB.
Majlis Perasmian Kempen Premis Makanan Bersih PBT ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana . Hadir sama YB Tuan Low Chee Leong, ADUN Kota Laksamana, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis MBMB, ahli-ahli Majlis MBMB , ketua-ketua jabatan dan unit MBMB serta para peniaga Medan Selera Tun Tuah.
Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada para penyewa Medan Selera Tun Tuah, Syarikat Evergreen Oil & Feed Sdn Bhd serta Syarikat Afy Haniff Bena dan Bekal.



